SHAH ALAM: Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes dua individu yang ditahan kerana disyaki menggodam papan menu elektronik di beberapa restoran makanan segera di Kuala Langat, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi, dan kedua-dua individu itu dicadangkan untuk dituduh.
"Dua lelaki yang direman empat hari bermula Khamis lepas berhubung kes ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media berhubung pelupusan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Selasa lepas, seorang pengurus sebuah restoran makanan segera membuat laporan polis memaklumkan papan menu makanannya digodam, apabila dengan tiba-tiba gambar yang dipaparkan berubah kepada gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan "Proud Sponsors of Israeli Terorrism".
Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan menahan dua lelaki berumur 26 tahun di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Sementara itu Hussein berkata polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan banjir bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah berlaku apabila penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata sehubungan itu orang ramai tidak perlu risau untuk berpindah sekiranya diarah berbuat demikian, dan polis memberi jaminan akan meningkatkan rondaan di tempat dinaiki air bagi mengelakkan kejadian jenayah seperti pecah rumah.
Setakat pagi ini jumlah mangsa banjir di Selangor ialah 673 orang daripada 170 keluarga berbanding 547 orang daripada 144 keluarga malam tadi, melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kajang dan Subang Jaya.
Sementara itu Hussein berkata 1,991.26 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk methamphetamine, heroin, ketamin, pil ekstasi serta 4,603 liter cecair dadah dengan nilai keseluruhan RM42.26 juta telah dilupuskan hari ini.
Beliau berkata barang-barang ini dirampas dalam kes-kes yang melibatkan 9,142 kertas siasatan dari tahun 2016 hingga 2023.
Sementara itu beliau berkata 18, 911 orang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dan polis merampas dadah bernilai RM306.31 juta dalam tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi, dan kedua-dua individu itu dicadangkan untuk dituduh. - Gambar fail
Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Ke arah multipolarisasi yang adil dan teratur
Sejauh mana pentingnya multipolarisasi yang adil dan teratur dalam senario geopolitik yang tidak menentu? Bagaimana pendekatan ini memacu pembangunan bersama dan merungkai cabaran yang bersifat global? Diskusi dan analisis Agenda Awani Asia 9:00 malam ini.
Kemenangan wakil Kerajaan Perpaduan bukti kerjasama erat, dapat kepercayaan rakyat - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa.
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI
Keupayaan sesebuah negara melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi antara kayu ukur dalam menarik pelaburan asing.
Azizulhasni raih gangsa acara pecut Piala Trek Jepun II
Jaguh berbasikal trek negara itu terpaksa berpuas hati dengan kilauan gangsa selepas menamatkan perlumbaan di belakang dua pelumba tuan rumah.
277 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas.
Jumlah korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 160 - Pegawai
Bencana alam ini kebanyakannya menjejaskan penduduk tempatan di Daerah Barka dan Baghlan-e-Markazi serta angka korban dijangka meningkat.
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka
Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.
Kertas siasatan kes godam papan menu elektronik lengkap - Polis
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes dua individu yang ditahan kerana disyaki menggodam papan menu elektronik di beberapa restoran makanan segera di Kuala Langat, dekat sini baru-baru ini.